The News

Sarawak Adventure Challenge’ 5.0 d i Bau bakal berlangsung 7 November ini

October 6, 2021 SV-NEWS-LED-SATOK.pptx-10 BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh menyempurnakan Majlis Pelancaran ‘Sarawak Adventure Challenge’ (SAC) 5.0 bertemakan ‘The Evolution Trail’ di Pasar Siniawan pada Jumaat.

Beliau yang mewakili Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan, SAC 5.0 tersebut akan berlangsung pada 7 November ini dan pendaftaran kini dibuka.

“SAC adalah untuk mempromosikan potensi pengembaraan dan rekreasi negeri ini kepada pelancong antarabangsa termasuk penduduk tempatan.

“Program SAC terbukti dari peningkatan penyertaan tempatan yang merupakan platform terbaik untuk menonjolkan pemandangan dan tarikan semula jadi yang ditawarkan oleh Sarawak.

“Acara ini melibatkan aktiviti basikal gunung, larian denai dan di dalam gua dengan jarak sekitar 50 KM,” katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran tersebut.

Jelas Miro, persiapan SAC ketika pandemik COVID-19 adalah tidak mudah dan pihak kementerian memberikan kepercayaan kepada pihak pengurusan berdasarkan pengalaman mereka dalam memastikan keselamatan peserta terjaga dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Saya yakin bahawa SAC akan terus memberikan kaedah yang berkesan untuk mempromosikan Sarawak dan kawasan Siniawan melalui pelancongan sukan.

“Laluan yang digunakan untuk perlumbaan akan menghubungkan pelbagai tarikan di kawasan ini untuk menyediakan lebih banyak pilihan aktiviti untuk pelancong dan penduduk tempatan,” tambah beliau.

Turut hadir ialah ADUN Batu Kitang merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan (MPP), Lo Khere Chiang dan tetamu jemputan yang lain.